Carian
Winfy Memudahkan Anda Mengawal Spotify Di Windows Melalui Tetingkap Mini
May 19, 2013 Aman

Spotify telah pun dilancarkan di Malaysia pada bulan lepas, dimana membolehkan para pengguna tempatan mendengar muzik secara percuma pada desktop, ataupun melanggan perkhidmatan berbayar pada harga RM14.90 sebulan.

Winfy

Pada desktop, salah satu perkara yang mungkin tidak disukai ramai adalah kerana tetingkapnya yang bersaiz besar dan menyukarkan anda sekiranya ingin mengawal lagu yang dimainkan dilatar pada sesuatu masa.

Untuk memudahkany pengguna mengawalnya, disamping pada masa yang sama melihat lagu apakah yang dimainkan, salah satu perisian yang menarik adalah Winfy.

Melalui Winfy, ia membuka sebuah tetingkap khas apabila anda menjalankan Spotify, membolehkan anda membuat beberapa perkara seperti mengawal kekuatan audio, ataupun memainkan lagu-lagu seterusnya dengan hanya klik kanan pada tetingkap kecil yang dipaparkannya.

Tetingkap yang dipaparkan juga boleh dialihkan ke lokasi yang disukai pengguna, serta tidak begitu menganggu perkara lain yang dilakukan pengguna pada komputer.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh mencuba sendiri perisian Winfy pada komputer Windows, dan mula mengawal Spotify anda dengan lebih mudah pada komputer anda.

Komen