Telefon Siri REX Daripada Samsung Mula Dijual Di Malaysia

Telefon Siri REX Daripada Samsung Mula Dijual Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 19, 2013 oleh .

Samsung telah melancarkan telefon feature phone dibawah jenama REX beberapa bulan yang lepas, dan kini peranti tersebut turut sama mula dijual di pasaran Malaysia. Tiga peranti dibawah siri REX kini ditawarkan, iaitu REX 60, REX 70 dan juga REX 80.

Samsung REX

Samsung REX 60 membawakan skrin sentuh bersaiz 2.8-inci, kamera 1.3-megapixel, serta didatangkan dengan sokongan dwi-SIM pada ia. Peranti ini dijual pada harga saranan RM199 di Malaysia.

Samsung REX 70 pula membawakan skrin sentuh bersaiz 3-inci, kamera 2-megapixel, serta sokongan sambungan WiFi. REX 70 pula dijual pada harga RM249 di pasaran tempatan.

Dan akhir sekali, Samsung REX 80 yang membawakan skrin sentuh bersaiz 3-inci, kamera 3-megapixel dan juga sokongan sambungan WiFi. REX 80 dijual pada harga RM269 di Malaysia.

Ketiga-tiga peranti ini juga turut didatangkan dengan aplikasi ChatON terbina pada ia.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara.


TIPS & ULASAN