Cari @ Amanz

Selamat ulang-tahun ke-8Hari ini, Google menyambut ulang-tahun yang ke-8 untuk YouTube, dimana sejak dilancarkan pada Mei 2005, ia telah melalui pelbagai perubahan, dan masih kekal sebagai laman perkongsian video paling popular didunia.

Berkongsi mengenai beberapa statistik semasa, pihak YouTube mengatakan kini pada setiap minit, lebih 100 jam video dimuat-naik ke YouTube, dan laman tersebut dikunjungi lebih 1 bilion pengguna setiap bulan.

Dalam beberapa minggu lagi, pihak YouTube akan memperkenalkan rekabentuk saluran yang baru, dinamakan sebagai One Channel, dan mungkin juga kita akan dapat melihat beberapa penambah-baikkan pada perkhidmatan tersebut sepanjang tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd