Lembaga Pengarah Yahoo! Dilaporkan Meluluskan $1.1 Bilion Untuk Tumblr

Lembaga Pengarah Yahoo! Dilaporkan Meluluskan $1.1 Bilion Untuk Tumblr

Diterbitkan pada Mei 20, 2013 oleh .

Yahoo! - TumblrSelepas ura-ura berkenaan dengan pengambil-alihan Tumblr oleh Yahoo! kedengaran pada penghujung minggu lepas, kini mengikut laporan daripada Wall Street Journal, ia dikatakan ahli lembaga pengarah Yahoo! telah pun meluluskan penggunaan $1.1 bilion untuk pengambil-alihan Tumblr.

Tumblr seperti semua sedia maklum adalah salah satu laman sosial dan mikro-blog yang digunakan oleh ramai pengguna remaja dan muda. Dengan mengambil-alihnya pihak Yahoo! akan mendapat akses kepada ramai pengguna muda dibawah jenama mereka.

Buat masa ini, pihak Yahoo! masih belum mengumumkan sebarang perkara mengenainya, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN