Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi untuk Twitter di desktop, dan sekiranya anda gemar menggunakan laman web rasmi Twitter, dan tidak ingin terganggu dengan bahagian yang tepi pada laman web berkenaan, salah satu extension yang boleh digunakan pada pelayar web Chrome adalah Twipster.

Twipster Chrome

Twipster membolehkan pengguna membuang sepenuhnya bahagian tepi pada laman Twitter.com, dan memfokuskan sepenuhnya pada senarai Twitter di Timeline. Menggunakannya, ia turut sama membuang gambar latar, dan beberapa menu yang tidak digunakan, sekaligus menjadikan penggunaan laman Twitter lebih kemas lagi.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memasangnya pada Chrome anda, dan mula menggunakan laman Twitter yang lebih kemas berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd