Pengguna Tempatan Boleh Melanggan Adobe Creative Cloud Pada Harga RM155 Sebulan

Pengguna Tempatan Boleh Melanggan Adobe Creative Cloud Pada Harga RM155 Sebulan

Diterbitkan pada Mei 20, 2013 oleh .

Umum mungkin sedia maklum berkenaan Adobe yang telah beralih kepada penawaran perkhidmatan mereka dalam bentuk langganan melalui Adobe Creative Cloud. Kini, ia turut diumumkan untuk pasaran tempatan, membolehkan individu dan syarikat tempatan melanggannya dengan mudah.

Adobe Creative Cloud

Adobe Creative Cloud menawarkan perkhidmatan yang serupa dengan sebelum ini, melalui perisian mereka yang popular, seperti Photoshop CC, DreamWeaver CC, Premiere Pro CC, After Effects CC dan banyak lagi. Pengguna boleh menggunakannya walaupun tanpa sebarang akses internet, tetapi mereka diperlukan untuk mengesahkan lesen mereka sekali setiap tiga puluh hari, disamping pada masa yang sama menyemak kepada kemaskini versi baru daripada Adobe.

Dari segi harga pula, pakej penuh Adobe Creative Cloud ditawarkan pada harga RM155 sebulan untuk pengguna individu. Manakala sekiranya anda hanya ingin menggunakan satu aplikasi sahaja, seperti hanya Photoshop CC sahaja, maka anda akan dikenakan caj sebanyak RM61 sebulan (untuk individu).

Adobe Creative Cloud

Walaubagaimanapun, untuk melanggannya, pengguna perlu membayar komitmen untuk setahun. Apa pun, terlebih dahulu, pengguna diberikan percubaan percuma selama 30 hari, membolehkan pengguna mencuba semua aplikasi Adobe Creative Cloud tanpa perlu membayar sebarang wang pendahuluan.


TIPS & ULASAN