Jolla bakal mengadakan acara media untuk pelancaran peranti mereka dalam beberapa jam lagi. Tetapi sementara menantikannya, ia kelihatan mereka telah pun mengemaskini halaman web mereka, memperlihatkan rekabentuk peranti pertama mereka kepada umum.
Dari segi rekabentuk sendiri, ia tampak elegan berbanding beberapa peranti lain di pasaran. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, cip pemprosesan dwi-teras, ruangan storan terbina 16GB (dengan sokongan mikro-SD), kamera belakang 8-megapixel, dan juga bateri yang boleh ditanggalkan.
Seperti semua sedia maklum, ia menjalankan sistem operasi Sailfish OS, dan menariknya turut sama boleh menjalankan aplikasi Android tanpa sebarang masalah.
Peranti ini bakal dijual pada harga €399 (~RM1548), dan akan ditawarkan bermula penghujung tahun ini. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada acara media mereka pada awal pagi esok.