TM Memulakan Ujian Siaran HyppTV Melalui Streamyx

TM Memulakan Ujian Siaran HyppTV Melalui Streamyx

Diterbitkan pada Mei 20, 2013 oleh .

HyppTV merupakan perkhidmatan IPTV daripada pihak Telekom Malaysia, yang mana hanya ditawarkan untuk pengguna UniFi sehingga kini. Namun ia akan berubah tidak lama lagi, apabila kini pihak TM berkongsi mengatakan mereka sedang dalam fasa ujian untuk siaran HyppTV untuk pelanggan Streamyx.

HyppTV Streamyx

Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak TM, mereka sedang melakukan ujian percubaan komersial yang melibatkan lebih 1000 pelanggan Streamyx 8Mbps. TM turut mengatakan mereka akan membolehkan pelanggan 4Mbps turut sama menggunakannya kelak ketika pengenalan.

HyppTV Streamyx

HyppTV Streamyx

Namun apa yang membezakan pada Streamyx adalah dimana ia akan menggunakan talian yang sama, berbanding dengan UniFi yang didatangkan dengan talian HyppTV yang didedikasikan untuknya. Menurut TM, untuk membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan yang baik, siaran akan dimulakan dengan kadar bitrate rendah sebelum ia ditambah baik dari masa ke semasa.

Untuk set-top-box yang didatangkan untuk pelanggan Streamyx, ia didatangkan dengan sokongan WiFi, membolehkan pengguna mengakses kandungan HyppTV melalui capaian WIFi, sekaligus mengelakkan penggunaan kabel yang agak serabut dirumah.

HyppTV Streamyx

Ketika pengenalan ia akan diperkenalkan dengan sebanyak 78 saluran, yang mana akan ditambah dan menyerupai tawaran HyppTV kelak.

Perkhidmatan ini dijangka akan diperkenalkan kepada para pengguna menjelang suku ketiga tahun 2013 ini.


TIPS & ULASAN