Aplikasi HyppTV Akan Hadir Ke Android Dan iOS

Aplikasi HyppTV Akan Hadir Ke Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mei 20, 2013 oleh .

Selain daripada pengumuman tawaran HyppTV melalui Streamyx, pihak Telekom Malaysia juga berkongsi mengatakan mereka kelak akan menawarkan aplikasi HyppTV untuk para pengguna Android dan iOS, membolehkan pengguna menikmati siaran HyppTV melalui peranti mudah-alih.

Aplikasi HyppTV

Dinamakan sebagai HyppTV Everywhere, ia menawarkan pelbagai fungsi untuk para pengguna termasuk LiveTV dan juga Video-On-Demand melaluinya. Daripada apa yang diperlihatkan, ia berjalan lancar pada talian 3G biasa, dan pengguna juga boleh mengubah tetapan bitrate untuk sesuatu siaran dengan mudah.

Aplikasi HyppTV

Untuk menggunakannya, pengguna akan diperlukan untuk mempunyai akaun UniFi atau Streamyx sedia ada, dan ia akan dipautkan dengan akaun tersebut untuk tujuan pembelian kandungan dan sebagainya.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian dalaman, dan mungkin akan diperkenalkan kepada pengguna dalam beberapa bulan lagi.

Aplikasi HyppTV

Aplikasi HyppTV

Aplikasi HyppTV


TIPS & ULASAN