Cari @ Amanz

Yahoo! - TumblrSetelah pelbagai spekulasi sebelum ini, akhirnya kini sah Tumblr dimiliki oleh Yahoo!. Yahoo! dilaporkan telah mendapat pengesahan ahli lembaga pengarah semalam, dan mereka telah pun mengumumkan mengenai pengambil-alihan ini hari ini.

Walaupun diambil-alih, Tumblr akan dikekalkan sebagai perkhidmatan berasingan, dan daripada apa yang dikongsikan pihak Tumblr, melalui pengambil-alihan ini, ia akan memudahkan dan menjadikan proses perkembangan perkhidmatan mereka lebih pantas berbanding sebelum ini.

Untuk pihak Yahoo! pula, ia membolehkan mereka mencapai kepada lebih ramai pengguna, disamping pada masa yang sama mengintegrasikan Tumblr pada teknologi carian mereka. Bersama-sama pengambil-alihan ini juga, Yahoo! turut sama memulakan blog mereka di Tumblr.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd