Sebelum ini, kita telah dengan yang mana pihak Samsung akan hadir dengan variasi Galaxy S4 yang turut disertakan dengan ciri-ciri kalis air dan debu. Kini, gambar awal peranti tersebut hadir ke arena web, dan memperlihatkan bagaimanakah ia akan kelihatan kelak.
Daripada apa yang ditunjukkan, ia membawakan rekaan yang lebih kurang menyerupai Galaxy S4 asal, tetapi kelihatan seperti bahagian belakang yang ditutup menggunakan skru, selain bahagian pengecas yang didatangkan dengan penutupnya tersendiri (mungkin untuk tujuan kalis air).
Daripada apa yang diketahui, peranti ini dikatakan menjalankan cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz, skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, dan dikatakan menyertakan kamera 8-megapixel.
Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan dilancarkan kepada umum oleh pihak Samsung.