Cari @ Amanz

PlayStation 4Sebelum ini, ketika pengumuman berkaitan PlayStation 4, pihak Sony hanya sekadar memaparkan alat kawalan untuk PlayStation 4 sahaja, dan ramai yang menantikan bagaimanakah konsolnya akan kelihatan kelak. Kini, melalui sebuah video ringkas, Sony mengatakan mereka akan memperlihatkannya pada E3 kelak.

Buat masa ini, ramai yang masih menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh konsol PlayStation 4. Daripada video promosi yang disediakan oleh Sony, mereka mengatakan akan berkongsi lebih lanjut berkaitan PlayStation 4 ini pada 10 Jun (11 Jun waktu Malaysia) kelak.

Selain daripada Sony, pihak Microsoft juga akan hadir dengan konsol generasi baru mereka, dan akan memperkenalkannya kepada umum esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd