Aplikasi WeChat Akan Diperkenalkan Untuk BlackBerry 10 Dalam Masa Lebih Kurang 2 Minggu Lagi

Aplikasi WeChat Akan Diperkenalkan Untuk BlackBerry 10 Dalam Masa Lebih Kurang 2 Minggu Lagi

Diterbitkan pada Mei 21, 2013 oleh .

WeChat merupakan salah satu aplikasi permesejan di pasaran pada hari ini dan ditawarkan pada pelbagai platform. Berkongsi lebih lanjut berkenaan dengannya hari ini, pihak WeChat berkongsi mengatakan mereka akan hadir dengan aplikasi khas untuk BlackBerry dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi.

WeChat

Seperti semua sedia maklum, WeChat membolehkan para pengguna untuk bukan sahaja menghantar mesej dalam bentuk teks, tetapi turut sama membolehkan pengguna menghantar gambar, ataupun bersembang melalui audio atau video menggunakan aplikasi berkenaan.

Beberapa fungsi utama aplikasi berkenaan dijangka akan hadir melalui aplikasi BlackBerry 10 kelak, membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan tersebut dan bersembang dengan rakan-rakan yang lain.

Buat masa ini, WeChat ditawarkan secara percuma untuk para pengguna Android, iOS, BlackBerry, Windows Phone, dan juga S40 (Nokia Asha).


TIPS & ULASAN