Pelayar Web Opera Untuk Android Berasaskan Enjin “WebKit” Dilancarkan Untuk Semua

Pelayar Web Opera Untuk Android Berasaskan Enjin “WebKit” Dilancarkan Untuk Semua

Diterbitkan pada Mei 21, 2013 oleh .

Setelah diuji dalam bentuk beta sebelum ini, kini pelayar web Opera untuk Android berasaskan enjin WebKit telah pun dilancarkan dalam saluran stabil, membolehkan ramai pengguna Android mula menggunakan pelayar web Opera yang diberikan nafas baru ini.

Opera Android Webkit

Selain perubahan dari segi enjin pelayar web, Opera untuk Android juga turut membawakan antaramuka yang menyerupai Chrome (disebabkan penggunaan enjin yang serupa), disamping beberapa sokongan lain, terutamanya sokongan yang dinamakan sebagai “Off-Road Mode” dan membolehkan para pengguna menjimatkan penggunaan data melaluinya.

Fungsi “Speed Dial” seperti yang terdapat pada versi desktop juga turut sama didatangkan pada pelayar web baru Opera untuk Android ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Store, dan mula menggunakannya hari ini.

Muat-Turun Opera untuk Android


TIPS & ULASAN