Enjin Permainan Unity Kini Ditawarkan Secara Percuma Untuk Pembangun Indie

Enjin Permainan Unity Kini Ditawarkan Secara Percuma Untuk Pembangun Indie

Diterbitkan pada Mei 21, 2013 oleh .

UnityUnity sedia digunakan oleh beberapa pembangun permainan tempatan dalam menerbitkan permainan mereka, bukan sahaja untuk komputer tetapi turut sama untuk platform iOS dan juga Android. Hari ini, pihak Unity mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan perisian penerbitan mereka secara percuma untuk para pembangun indie.

Melaluinya, ia menawarkan sokongan asas, sekaligus membolehkan para pembangun bebas untuk membangunkan permainan dan menerbitkan untuk platform iOS dan Android dengan mudah.

Pembangunnya juga turut sama mengatakan mereka turut akan menawarkan sokongan penerbitan untuk BlackBerry dan juga Windows Phone 8 tidak lama lagi.

Bagi para pembangun yang berminat, mungkin boleh menyemak laman Unity hari ini, dan mungkin boleh mencuba untuk membangunkan permainan untuk platform Android dan iOS dengan menggunakannya.


TIPS & ULASAN