Xbox One – Konsol Generasi Baru Daripada Microsoft

Xbox One – Konsol Generasi Baru Daripada Microsoft

Diterbitkan pada Mei 22, 2013 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, pihak Microsoft hari ini telah pun mengumumkan konsol generasi baru mereka, dinamakan sebagai Xbox One. Melaluinya, Microsoft mengatakan ia sebagai sistem “semua-dalam-satu”, dan menyertakan pembaharuan bukan sahaja dari segi rekabentuk konsol, tetapi turut sama pada bahagian alat kawalan dan juga Kinect.

Xbox One

Melalui konsol Xbox baru ini, ia mengingati apakah yang dilakukan oleh pengguna sebelum mereka memadamkan sistem, sekaligus memudahkan mereka menyambungnya sebaik sahaja menghidupkan semula konsol tersebut.

Pada masa yang sama, ia turut menyertakan sokongan “Instant Switching”, membolehkan anda berpindah daripada permainan ke menonton filem, mendengar muzik ataupun melayari web dengan mudah menggunakannya.

Xbox One

Xbox One

Dari segi paparan antaramuka untuk pengguna, ia membawakan rekaan seolah-olah menyerupai Windows 8. Konsol generasi baru ini juga menyokong kawalan suara dan juga gerakan, memudahkan lagi pengguna untuk mengawal konsol mereka. Salah satu perkara yang diperlihatkan adalah dimana pengguna boleh hanya mengatakan “Xbox On”, dan ia akan dimulakan secara automatik.

Dari segi spesifikasi, Xbox One membawakan sokongan Blu-ray, sokongan HDMI, dan turut didatangkan dengan memori sebanyak 8GB, ruangan storan sebesar 500GB, sokongan USB 3.0, dan juga sokongan WiFi Direct.

s


TIPS & ULASAN