Kinect Generasi Baru Dengan Kamera HD Diperkenalkan

Kinect Generasi Baru Dengan Kamera HD Diperkenalkan

Diterbitkan pada Mei 22, 2013 oleh .

Lebih sensitif berbanding sebelumnyaBersama-sama dengan pengenalan Xbox One, pihak Microsoft turut membawakan Kinect versi baru, yang mana dikemaskini dengan pelbagai perkara, termasuk dengan sokongan suara padanya.

Kinect versi baru ini juga turut dilengkapi dengan sokongan rakaman 1080p, sekaligus membolehkan ia merakamkan paparan yang lebih luas, disamping pada masa yang sama mengesan lebih banyak titik gerakan. Perkara ini membolehkan ia hadir dengan kawalan permainan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Kinect 2

Kinect 2

Pada Kinect baru ini juga, ia turut dikatakan turut menyertakan sensor untuk membaca degupan jantung, membolehkan ia digunakan dengan lebih efektif untuk permainan berbentuk sukan.

Kinect baru ini akan ditawarkan bersama-sama konsol baru Xbox One kelak.


TIPS & ULASAN