Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan konsol baru, pihak Microsoft juga turut mengumumkan sokongan Skype untuk Xbox One, membolehkan pengguna membuat panggilan video dan berbual dengan rakan-rakan mereka dengan mudah menggunakan konsol tersebut.

Skype - Xbox One

Menariknya melalui Skype untuk Xbox One, pengguna boleh snap ia ke bahagian tepi ketika mereka sedang bermain game atau menonton filem, sekaligus mengelakkan anda tidak terlepas sebarang panggilan, ataupun pada masa yang sama berinteraksi dengan rakan-rakan lain ketika bermain.

Seperti semua sedia maklum, Skype telah diambil-alih oleh Microsoft, dan kini dengan integrasi pada Xbox, semestinya mereka ingin menawarkan sokongan yang terbaik untuk pengguna mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd