Carian
Permainan Call of Duty : Ghosts Akan Hadir Ke Xbox One
May 22, 2013 Aman

Salah satu permainan yang dipertontonkan bersama-sama dengan pengumuman Xbox One adalah Call of Duty : Ghosts, dimana ia membawakan peningkatan dari segi grafik, dan menggunakan enjin permainan serba baru.

Call of Duty : Ghosts

Pada permainan Ghosts ini, ia mengambil latar permainan yang baru, termasuk jalan cerita yang serba baru. Pemain juga disediakan dengan kawalan AI berupa anjing, membolehkan ia melindungi ahli pasukan dalam sesuatu misi.

Pada Xbox One, pemain akan ditawarkan dengan beberapa kandungan secara eksklusif untuk suatu jangka masa sebelum diperkenalkan kepada yang lain.

Permainan ini akan dilancarkan kepada umum pada bulan November kelak, dan bagi mereka yang berminat sudah pun boleh membuat pra-tempahan untuknya.

Komen