Carian
Xbox One Tidak Boleh Memainkan Permainan Sedia Ada Xbox 360
May 22, 2013 Aman

Lebih kurang seperti PlayStation 4 yang akan datang, ia turut disahkan yang mana Xbox One tidak akan serasi dengan permainan sedia ada Xbox 360. Perkara ini adalah disebabkan penggunaan architecture yang berbeza berbanding sebelumnya.

Xbox One

Perkara ini mungkin agak mengecewakan para pemain Xbox 360 sedia ada sekiranya ingin menaik-taraf ke konsol baru, memandangkan permainan sedia ada mereka tidak boleh dimainkan.

Pada masa yang sama, pihak Microsoft juga turut mengatakan mereka akan kekal menjual konsol Xbox 360 di pasaran, walaupun setelah Xbox One mula dijual kelak.

Komen