Steven Spielberg Bekerjasama Untuk Hadir Dengan Siri-TV Halo

Steven Spielberg Bekerjasama Untuk Hadir Dengan Siri-TV Halo

Diterbitkan pada Mei 22, 2013 oleh .

Dalam membawa beberapa kandungan eksklusif untuk para pengguna Xbox One, pada pentas pengumuman hari ini, pihak Microsoft turut sama berkongsi yang mana pembangun Halo 4, 343 Industries akan bekerjasama dengan Steven Spielberg dalam membawa siri televisyen Halo untuk pengguna Xbox One.

Steven Spielberg - Halo TV

Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah tugas Spielberg kelak, dan ramai membuat spekulasi, berkemungkinan beliau akan menerbitkan siri-TV tersebut.

Siri ini kelak akan dipanggil dengan nama “Halo : The Television Series”. Jalan cerita dan sebagainya masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.


TIPS & ULASAN