Permainan EA Sports Baru Akan Menggunakan Enjin Ignite

Permainan EA Sports Baru Akan Menggunakan Enjin Ignite

Diterbitkan pada Mei 22, 2013 oleh .

EA IgniteSelain daripada permainan Call of Duty, pihak EA turut sama mengambil pentas utama, dalam berkongsi mengenai beberapa permainan mereka yang akan hadir ke Xbox One, dimana antaranya adalah termasuk FIFA, NBA Live, Madden NFL dan juga UFC.

Menurut Electronic Arts, kesemua permainan generasi baru EA Sports kelak akan menggunakan enjin permainan baru dikenali dengan nama Ignite. Melaluinya, selain daripada sokongan AI yang lebih baik, permainan baru daripada EA Sports juga kelak akan menyertakan permainan yang lebih realistik dan grafik yang menarik.

Permainan FIFA untuk Xbox One juga dikatakan akan menyertakan beberapa kandungan eksklusif berbanding pada platform lain.


TIPS & ULASAN