Cari @ Amanz

Salah satu persoalan yang tertanya-tanya oleh ramai pengguna adalah adakah Xbox One perlu disambungkan ke internet sentiasa. Menjawabnya, pihak Xbox mengatakan anda boleh memainkan permainan perseorangan, ataupun menonton filem Blu-ray walaupun tiada sambungan internet.

Xbox One

Walaubagaimanapun, dengan menyambungnya ke internet, ia membolehkan pengguna menerima pelbagai kemaskini sistem dan permainan, disamping pada masa yang sama menyimpan data permainan di awan. Ia juga membolehkan pemain menyambung permainan dan menonton filem daripada mana mereka berhenti bermain.

Microsoft mengatakan Xbox One akan dilancarkan di pasaran seluruh dunia pada tahun ini, dan maklumat lanjut berkaitan dengannya dijangka akan dikongsikan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd