Integrasi Flickr dan Vimeo Mungkin Hadir Pada iOS 7?

Integrasi Flickr dan Vimeo Mungkin Hadir Pada iOS 7?

Diterbitkan pada Mei 22, 2013 oleh .

WWDC 2013Pada platform iOS daripada Apple, sebelum ini mereka telah mengintegrasikan sokongan Twitter dan juga Facebook. Kini, mengikut laporan daripada 9To5Mac, ia dikatakan versi iOS akan datang kelak akan mengintegrasikan dua lagi perkhidmatan sosial popular, iaitu Flickr dan juga Vimeo.

Dengan integrasi Flickr dan Vimeo, ia kelak akan memudahkan pengguna untuk berkongsi gambar dan video mereka terus ke perkhidmatan tersebut. Ia dikatakan pengguna boleh mendaftar-masuk ke akaun Flickr dan Vimeo terus daripada halaman tetapan di iOS7, selain para pembangun juga turut boleh mengintegrasikan sokongan Flickr dan Vimeo pada aplikasi mereka.

Apple dikatakan akan memperkenalkan iOS7 pada acara WWDC 2013 awal bulan Jun ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya.

Sementara itu, apa kata anda berkenaan integrasi Flickr dan Vimeo? Adakah ia akan digunakan dengan meluas oleh anda?


TIPS & ULASAN