Yes4G telah dilancarkan pada tahun 2010, dan kini mereka terus memperkukuhkan kedudukan mereka di Malaysia. Berkongsi beberapa info semasa mengenai perkhidmatan mereka, kini Yes4G mengatakan mereka mempunyai lebih 4000 base-station di seluruh Malaysia, dan menghampiri sasaran 5000 base-station menjelang tahun hadapan.
Pada masa yang sama, pihak Yes4G turut sama berkongsi mengatakan kini mereka merupakan penyedia 4G terluas di pasaran Asia Tenggara, sekaligus membawa nama Malaysia setapak kehadapan lagi.
Buat masa ini, Yes4G dikatakan telah meliputi lebih kurang 85% kawasan berpenduduk di Malaysia, dan merupakan antara penyedia perkhidmatan tanpa-wayar terpantas dan menawarkan kelajuan yang stabil untuk para pengguna.