Selain berkongsi mengenai beberapa perkara berkaitan Yes4G, pihak Yes juga turut mengambil peluang untuk mengumumkan Samsung 4G Chromebook, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkannya pada harga RM988.
Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 11.6-inci, menggunakan cip pemprosesan Samsung Exynos 5 Dual, ruangan storan 16GB SSD, ruangan storan percuma Google Drive 100GB, kamera VGA, dan sokongan HDMI.
Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1299, dan pengguna juga turut sama boleh mendapatkannya dengan pakej Yes4G pada harga RM988. Pengguna yang berminat boleh menyemak laman rasmi Yes4G, dan melakukan tempahan melaluinya.