Salah satu projek Yes4G di Malaysia, adalah 1BestariNet yang dibangunkan dengan kerjasama beberapa syarikat termasuk Kementerian Pelajaran. Melaluinya, mereka mensasarkan untuk membawa sambungan rangkaian 4G ke semua 10,000 sekolah di Malaysia.
Buat masa ini, mereka telah menyediakan perkhidmatan mereka di lebih kurang 70% sekolah, dan perkara ini dicapai dalam masa lebih kurang hanya 16 bulan sahaja.
Untuk menjayakannya, salah satu rakan kerjasama mereka adalah FrogVLE, menawarkan pelbagai jenis kandungan berbentuk pendidikan, disamping membolehkan pelajar berkolaborasi dengan rakan-rakan dan juga cikgu untuk memahami sesuatu topik dengan mudah.