Acer Aspire P3 Dan Aspire R7 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Acer Aspire P3 Dan Aspire R7 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Mei 22, 2013 oleh .

Pada hari ini juga, pihak Acer Malaysia telah memperkenalkan beberapa peranti baru mereka, dimana salah satunya adalah Acer Aspire P3 yang telah diumumkan baru-baru ini. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM1999 untuk versi Intel Core i3, dan versi Intel Pentium dijual pada harga RM1799.

Acer Malaysia - P3

Acer Aspire P3 membawakan pilihan cip pemprosesan Intel Core i3 (atau Pentium), dilengkapi dengan skrin bersaiz 11.6-inci, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 60GB SSD, dan menggunakan sistem operasi Windows 8.

Selain Acer Aspire P3, pihak Acer Malaysia juga turut sama melancarkan komputer riba Aspire R7 mereka, yang mana dijana menggunakan cip Intel Core i5, memori sebanyak 8GB RAM, skrin bersaiz 15.6-inci (dengan paparan HD penuh), ruangan storan 1TB SATA.

Acer Aspire R7 pula dijual pada harga RM2999 di pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN