Aplikasi Itsdagram telah dilancarkan dalam bentuk berbayar pada minggu lepas, dan kini pembangunnya turut sama hadir dengan versi percuma, membolehkan para pengguna menggunakannya dalam menghantar gambar ke Instagram pada peranti Windows Phone.
Sama seperti versi berbayar, ia turut menawarkan semua fungsi, dimana membolehkan pengguna untuk mendaftar akaun Instagram, memuat-naik gambar, menambah filter pada gambar dan sebagainya. Namun, memandangkan ia percuma, maka didatangkan dengan sokongan iklan, dan bagi mereka yang tidak ingin melihat iklan boleh mendapatkan aplikasi berbayar pada harga RM4.99.
Bagi pengguna Windows Phone 8 yang berminat, boleh memuat-turun dan menggunakannya pada peranti anda, sekaligus berkongsi gambar ke Instagram dengan mudah.
- Muat-Turun Itsdagram Untuk Windows Phone