Cari @ Amanz

Google ChromeSeperti biasa, Google telah pun mengeluarkan kemaskini pelayar web Chrome mereka, dimana melalui Chrome 27 yang dilancarkan untuk pengguna desktop, ia kini membawakan pelbagai penambah-baikkan dan kemaskini untuknya.

Salah satu perkara yang dikongsikan oleh Google adalah dimana kini secara purata, sesebuah laman web itu dapat dibuka dengan lebih 5% pantas berbanding sebelumnya. Sokongan semakan ejaan juga telah dikemaskini, selain mana versi Adobe Flash baru yang turut diintegrasikan bersama-sama dengan Chrome 27 ini.

Bagi para pengguna sedia ada Chrome, anda akan dikemaskini kepada versi baru secara automatik, sementara bagi pengguna baru, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada laman rasmi Google Chrome hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd