Brightstar Akan Mengedarkan Produk LG Di Malaysia – Memulakan Dengan Optimus G, L9 Dan L5 II

Brightstar Akan Mengedarkan Produk LG Di Malaysia – Memulakan Dengan Optimus G, L9 Dan L5 II

Diterbitkan pada Mei 22, 2013 oleh .

Brightstar sedia mengedarkan beberapa telefon pintar di Malaysia, dan hari ini mereka turut mengumumkan bersama-sama pihak LG Electronics Malaysia, dimana mereka akan mula mengedarkan siri telefon pintar LG ke pasaran Malaysia.

Untuk memulakannya, tiga telefon pintar pertama yang akan mula dijual melalui mereka adalah LG Optimus G, LG Optimus L9 dan juga LG Optimus L5 II.

LG - Brightstar

LG Optimus G merupakan telefon pintar daripada pihak LG yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Ia membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, skrin bersaiz 4.7-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadpaan 1.3megapixel dan dilengkapi bateri berkapasiti 2100mAh.

LG Optimus L9 pula peranti dengan spesifikasi pertengahan daripada LG, membawkaan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, skrin bersaiz 4.7-inci, kamera belakang 8-megapixel, dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2150mAh.

LG Optimus L5 Dual merupakan peranti dengan spesikasi asas, membawakan sokongan dwi-SIM, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan 1GHz, skrin bersaiz 4-inci, kamera belakang 5-megapixel dan bateri berkapasiti 1700mAh.

LG - Brightstar

Kesemuanya menjalankan sistem operasi Android, dan didatangkan dengan antaramuka dan beberapa fungsi tambahan daripada pihak LG. LG Optmius G dijual pada harga RM1599, LG Optimus L9 pada harga RM899 dan LG Optmius L5 Dual pada harga RM529.


TIPS & ULASAN