Carian
Twitter Mula Memperkenalkan Sokongan Pengesahan Dwi-Faktor
May 23, 2013 Aman

TwitterDengan pelbagai perkhidmatan yang mula memperkenalkan sokongan pengesahan dwi-faktor untuk akaun pengguna, kini Twitter turut sama mengumumkannya, sekaligus membolehkan akaun pengguna dilindungi dengan lebih baik berbanding proses biasa.

Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak Twitter, pengguna akan diperlukan untuk menambah nombor telefon pada bahagian tetapan, dan kemudiannya pengguna akan dihantar dengan kod khas melalui SMS, yang akan diperlukan sekiranya mereka ingin log masuk ke akaun Twitter.

Sokongan ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua, sekaligus mengurangkan lagi kes-kes akaun Twitter yang digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Komen