Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pihak Google yang meminta pihak Microsoft membuang aplikasi YouTube untuk Windows Phone, kini pihak Microsoft kelihatan telah mengemaskininya, dan membuang beberapa perkara yang melanggar terma penggunaan YouTube.

Aplikasi YouTube WP8

Antara perkara yang dibuang oleh Microsoft adalah termasuk sokongan memuat-turun video YouTube, dan juga tidak lagi memaparkan video-video yang dihalang untuk platform mudah-alih.

Walaubagaimanapun, iklan masih tidak diperlihatkan pada aplikasi YouTube berkenaan, dan apatah lagi, mereka masih kekal menggunakan nama YouTube pada aplikasi tersebut.

Menurut Microsoft, mereka telah seda menghubungi Google dalam membolehkan pengguna kedua-dua pihak dapat menikmati pengalaman penggunaan yang baik.

Ia tidak lagi diketahui bilakah pihak Google sendiri akan hadir dengan aplikasi rasmi YouTube untuk Windows Phone. Berkemungkinan kerana penggunaan Windows Phone yang hanya pada kadar kurang 5% tidak menarik minat Google buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd