Carian Suara Google Kini Hadir Dengan Respon Berbentuk Audio

Carian Suara Google Kini Hadir Dengan Respon Berbentuk Audio

Diterbitkan pada Mei 23, 2013 oleh .

Google Voice SearchLanjutan daripada pengumuman pihak Google pada acara Google I/O 2013 yang lepas, kini mereka telah mengemaskini sokongan carian suara pada Chrome 27, membolehkan pengguna menerima respon dalam bentuk audio untuk beberapa carian yang dilakukan.

Buat masa ini, respon audio hanya terhad kepada beberapa terma carian sahaja, dan mungkin akan diperluaskan dalam masa beberapa minggu lagi.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh ke laman utama Google, dan klik pada butang mikrofon pada bahagian kanan kotak carian.


TIPS & ULASAN