Galaxy S4 Mencapai Angka 10 Juta Unit Dalam Masa Kurang Sebulan

Galaxy S4 Mencapai Angka 10 Juta Unit Dalam Masa Kurang Sebulan

Diterbitkan pada Mei 23, 2013 oleh .

Pada minggu lepas, CEO Samsung Electronics telah pun mengatakan jualan saluran global untuk Galaxy S4 akan mencapai 10 juta unit, dan hari ini ia dicapai dalam masa kurang sebulan daripada tarikh ia dimulakan jualan.

Samsung Galaxy S4

Galaxy S4 telah dilancarkan di beberapa buah negara pada 27 April yang lepas (termasuk Malaysia), dan kini ia mencapai angka 10 juta unit lebih pantas berbanding Galaxy S3 yang mengambil masa sehingga 50 hari sebelum ini.

Galaxy S4 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung, membawakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa, skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, kamera belakang 13-megapixel, serta dilengkapi dengan beberapa sokongan khas, serta antaramuka TouchWiz.

Di Malaysia, ia dijual pada harga RM2199 dan turut ditawarkan melalui beberapa syarikat telekomunikasi tempatan.


TIPS & ULASAN