P1 merupakan salah satu syarikat telekomunikasi terawal di Malaysia yang memperkenalkan sokongan rangkaian WiMax. Kini, mengikut laporan daripada BTimes, ia dikatakan GreenPacket mungkin akan membincangkan mengenai jualan pegangan mereka pada P1 pada mesyuarat akan datang.
GreenPacket memegang sebanyak 61% pegangan pada P1, selain daripada SK Telecom yang mana memegang lebih kurang 28.2% pada syarikat telekomunikasi berkenaan. Antara yang dilaporkan berminat mendapatkan pegangan pada syarikat P1 tersebut dilaporkan adalah termasuk Yes, UMobile dan juga Telekom Malaysia.
Perkara berkenaan adakah GreenPacket akan menjual pegangan mereka ataupun tidak dikatakan akan ditentukan pada mesyuarat lembaga pengarah yang akan diadakan sekitar bulan hadapan.
P1 dikatakan mempunyai lebih kurang 517,000 pelanggan, dan sekiranya GreenPacket mengambil pilihan untuk menjual pegangan mereka, maka mungkin syarikat telekomunikasi tersebut memerlukan mereka yang akan membantu syarikat tersebut untuk berkembang ke peringkat seterusnya, apatah lagi dengan lebih ramai yang kini telah memfokuskan dalam arena 4G pada hari ini.