EA Bakal Mengumumkan Permainan Need for Speed Baru

EA Bakal Mengumumkan Permainan Need for Speed Baru

Diterbitkan pada Mei 23, 2013 oleh .

EA melalui halaman Facebook rasmi Need for Speed telah pun mula memuat-naik beberapa gambar, dan turut mengatakan mereka akan mengumumkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan permainan tersebut dalam masa kurang 24 jam lagi.

Need for Speed Akan Datang

Need for Speed merupakan salah satu permainan berbentuk perlumbaan kereta, dan mempunyai beberapa variasi permainan dibawah jenamanya. Pada tahun lepas, Need for Speed : Most Wanted telah dilancarkan, dan kini beberapa spekulasi hadir mengatakan ia mungkin adalah permainan baru dari siri “Hot Pursuit”.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh pihak EA tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN