HTC hari ini telah pun mengumumkan salah satu peranti Android terbaru mereka yang dinamakan sebagai HTC Desire 600, menjalankan HTC Sense 5 dan juga Android 4.1 Jelly Bean. Lebih kurang seperti HTC One, ia juga membawakan kedudukan speaker pada bahagian hadapan.
Peranti yang membawakan spesifikasi pertengahan ini, membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz Snapdragon 200, kamera belakang 8-megapixel, dan juga kamera hadapan 1.6-megapixel.
Menariknya, peranti ini juga hadir dengan sokongan dwi-SIM, membolehkan pengguna menggunakan kedua-dua SIM secara aktif pada masa yang sama.
Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.