AMD Hadir Dengan Siri Cip APU Baru – Temash, Kabini Dan Richland

AMD Hadir Dengan Siri Cip APU Baru – Temash, Kabini Dan Richland

Diterbitkan pada Mei 23, 2013 oleh .

Siri APU baru daripada Advanced Micro Devices (AMD) telah diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas, dan hari ini, pihak AMD secara rasminya telah pun memperkenalkan cip APU baru untuk siri-A dan juga siri-E yang dinantikan.

AMD Elite Mobility (yang dikenali dengan nama kod Temash) merupakan cip yang memfokuskan kepada peranti seperti komputer riba, tablet dan juga peranti hibrid, didatangkan dengan sokongan paparan 1080p dan juga Windows 8. Ia dikatakan menawarkan prestasi lebih CPU lebih 172 untuk setiap watt, dan juga prestasi grafik lebih 212% untuk setiap watt. Perkara ini sekaligus membolehkan cip ini menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama berbanding pesaing terdekatnya.

AMD Mainstream APU pula dikatakan sebagai cip pemprosesan empat-teras x86, dan menawarkan paparan grafik yang amat baik pada kelasnya. Dari segi penggunaan kuasa bateri, ia dikatakan dapat beroperasi sehingga 11 jam berbanding sebelumnya, dan menawarkan prestasi grafik dan permainan yang lebih baik berbanding pesaing yang lain.

Dan terakhir sekali, AMD Performace APU (yang turut dikenali sebagai Richland) adalah cip prestasi tinggi daripada APD, dimana dikatakan membawakan lebih 12% prestasi dari segi produktiviti dan antara 20% ke 40% dari segi visual. Seperti kedua-dua yang lain, cip keluarga ini juga membawakan masa bertahan bateri yang lebih baik, serta lebih menjimatkan tenaga ketika memainkan video HD.


TIPS & ULASAN