Jualan HTC One Mencapai Sekitar 5 Juta Unit

Jualan HTC One Mencapai Sekitar 5 Juta Unit

Diterbitkan pada Mei 23, 2013 oleh .

HTC One telah mula dijual pada awal bulan ini di Malaysia, dan mengikut angka jualan global yang dikongsikan melalui WSJ hari ini, ia dikatakan telah pun mencapai angka 5 juta unit di seluruh dunia.

Seperti umum sedia maklum, sebelum ini HTC telah menghadapi sedikit masalah pada bahagian pengeluaran disebabkan oleh material yang digunakan, dna mungkin perkara ini sekaligus memberikan kesan tidak langsung untuk angka jualan mereka. Menurut HTC, buat masa ini permintaan untuknya masih tinggi daripada apa yang boleh dikeluarkan oleh mereka.

HTC One membawakan binaan yang amat menarik, mendapat pujian daripada ramai pengguna, disamping antaramuka Sense 5 yang tampak menarik berbanding sebelumnya.

Di Malaysia, HTC One dijual pada harga saranan RM2299, dan boleh didapati melalui beberapa pakej khas daripada syarikat telekomunikasi.

Baca : Ulasan HTC One


TIPS & ULASAN