Need for Speed Rivals Akan Hadir Pada Bulan November

Need for Speed Rivals Akan Hadir Pada Bulan November

Diterbitkan pada Mei 23, 2013 oleh .

Seperti dinantikan, pihak Electronic Arts telah pun mengumumkan permainan perlumbaan terbaru mereka, dikenali sebagai Need for Speed Rivals, yang mana akan dilancarkan pada Xbox 360, PS3 dan PC pada bulan November ini, serta akan hadir pada Xbox One dan juga PS4 pada tahun ini.

Need for Speed Rivals membawakan permainan dalam dunia terbuka, membawakan para pemain untuk memainkan sebuah siri perlumbaan, disamping membolehkan pemain memilih watak sebagai pelumba jalanan ataupun sebagai polis. Seperti permainan NFS sebelum ini, ia akan membolehkan para pemain memulakan permainan sebagai pelumba jalanan yang tidak popular, dan berlumba untuk menjadi yang paling teratas.

Permainan ini dikatakan dibangunkan menggunakan enjin Frostbite 3, dan turut sama membawakan sokongan multi-player seperti versi lain.

Ia dijangka akan dilancarkan pada Xbox 360, PlayStation 3 dan juga PC pada 19 November ini, sementara tarikh pelancaran untuk Xbox One dan juga PlayStation 4 belum diumumkan lagi.


TIPS & ULASAN