Nampaknya, perang komputer riba dengan skrin resolusi tinggi akan berlaku dalam masa beberapa bulan lagi. Terkini, HP memperlihatkan Envy TouchSmart 14 yang mana membawakan skrin bersaiz 14-inci dengan resolusi 3200×1800 pixel.
Ia akan ditawarkan bersama-sama dengan cip pemprosesan Intel “Haswell”, dan dijangka akan ditawarkan pada penghujung bulan hadapan. Seperti kebanyakkan komputer riba baru, ia turut akan menjalankan sistem operasi Windows 8.
Selain dengan paparan resolusi tinggi, pihak HP juga akan menawarkan komputer riba tersebut dengan resolusi 1366×768 pixel, khusus untuk mereka yang tidak memerlukan skrin resolusi tinggi untuk kegunaan harian.
Jadi, mungkinkah dalam beberapa bulan lagi, lebih banyak pengeluar akan hadir dengan komputer riba resolusi tinggi? Adakah ia akan berguna untuk anda ataupun anda selesa dengan paparan sedia ada?