Mailbox sejak dilancarkan untuk iPhone telah menerima pelbagai maklumbalas positif, disamping mana mereka turut sama telah diambil-alih oleh Dropbox. Kini, setelah beberapa minggu diambil-alih, pihak Mailbox melancarkan aplikasi pengurusan emel mereka khas untuk para pengguna iPad.
Ia masih ditawarkan secara percuma, dan mengekalkan ciri-ciri popular mereka dalam menguruskan emel melalui swipe ke kiri atau ke kanan, serta memudahkan proses mengarkib sesuatu emel.
Untuk versi iPad juga, ia dioptimasikan untuk penggunaan skrin yang lebih besar, membolehkan pengguna melihat kandungan emel pada bahagian kanan, dan senarai emel pada bahagian kiri.
Bersama-sama dengan pelancaran versi iPad ini, ia juga turut dikongsikan yang mana versi Android akan menyusul.
- Muat-Turun Mailbox untuk iPhone dan iPad