Evernote Menambah Sokongan Peringatan Untuk iOS, Mac Dan Web

Evernote Menambah Sokongan Peringatan Untuk iOS, Mac Dan Web

Diterbitkan pada Mei 24, 2013 oleh .

Evernote RemindersEvernote merupakan salah satu aplikasi untuk tujuan simpanan nota yang sedia popular di seluruh dunia. Hari ini, mereka menambah salah satu fungsi yang menarik, iaitu peringatan, membolehkan pengguna mendapat notifikasi apabila mereka menghampiri sesuatu tarikh tamat, dan mengingatkan mereka dengan pelbagai perkara.

Untuk menambah peringatan pada sesuatu nota, pengguna hanya perlu tap pada ikon jam diatasnya, dan kemudian menetapkan tarikh dan masa untuk sesuatu nota itu disiapkan.

Seperti biasa, sokongan peringatan ini di sync ke pelbagai platform, membolehkan para pengguna untuk mengikutinya walaupun menggunakan komputer ataupun iPhone. Sokongan ini juga akan memudahkan dalam menguruskan tugasan untuk semua pengguna, dan turut digunakan untuk pelbagai tujuan yang lain.

Buat masa ini, sokongan ini hanya ditawarkan untuk pengguna Evernote pada iOS, Mac dan juga web. Pembangunnya turut mengatakan ia akan hadir ke platform lain tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN