Selepas Dibuang Dari Apple AppStore, Kini AppGratis Hadir Untuk Android

Selepas Dibuang Dari Apple AppStore, Kini AppGratis Hadir Untuk Android

Diterbitkan pada Mei 24, 2013 oleh .

Sebelum ini, aplikasi AppGratis telah dibuang daripada Apple AppStore kerana dikatakan melanggar beberapa terma Apple. Dan setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang berita, hari ini, aplikasi berkenaan dilancarkan untuk pengguna Android.

AppGratis Android

Seperti biasa, melalui aplikasi AppGratis untuk Android, ia menawarkan satu aplikasi pilihan secara percuma setiap hari, disamping pada masa yang sama menawarkan pelbagai tawaran pilihan untuk membolehkan pengguna mendapatkan aplikasi kegemaran mereka pada harga diskaun.

Bagi para pengguna Android yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan mendapatkan aplikasi ini, dan ikuti pelbagai pilihan aplikasi menarik setiap hari untuk peranti anda.

Muat-Turun AppGratis untuk Android


TIPS & ULASAN