Microsoft Memperkenalkan Tetikus Yang Dioptimasikan Untuk Windows 8

Microsoft Memperkenalkan Tetikus Yang Dioptimasikan Untuk Windows 8

Diterbitkan pada Mei 24, 2013 oleh .

Microsoft sentiasa hadir dengan beberapa pilihan aksesori komputer untuk para pengguna, dan hari ini mereka memperkenalkan dua jenis tetikus yang dioptimasikan untuk pengguna Windows 8, dikenali sebagai Sculpt Comfort dan juga Sculpt Mobile.

Tetikus Sculpt

Sculpt Comfort hadir dengan bahagian kiri khas yang membolehkan para pengguna mengakses ke skrin utama Windows 8, dan juga mengawal aplikasi Windows 8. Berbanding dengan Sculpt Comfort, untuk Sculpt Mobile pula, ia hanya sekadar membawakan sebuah butang khas dibawah roda tatalan, membolehkan pengguna ke skrin utama dengan mudah.

Sculpt Comfort dikatakan akan ditawarkan bermula bulan Jun kelak, sementara Sculpt Mobile bermula bulan Mei ini.

Jadi, adakah anda akan mendapatkannya sekiranya ia ditawarkan di Malaysia kelak, ataupun anda sedia selesa menggunakan Windows 8 dengan tetikus sedia ada.


TIPS & ULASAN