Cari @ Amanz

Dimanakah Ascend P3- Ascend P5?Huawei Ascend Mate hanya akan dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan, dan masih tidak diketahui berkenaan bilakah Ascend P2 akan memasuki pasaran tempatan. Tetapi ia tidak menghentikan pihak Huawei, dimana kini tertiris sebuah gambar baru dikatakan sebagai Huawei Ascend P6.

Huawei Ascend P6

Melalui gambar yang tertiris ke arena web ini, ia kelihatan peranti baru ini akan membawakan kerangka berasaskan metal, disamping turut menyertakan antaramuka Emotion UI mereka, serta menjalankan sistem operasi Android.

Spesifikasi penuh peranti ini masih tidak diketahui lagi, dan ia dikatakan, berkemungkinan peranti ini akan diumumkan pada bulan Jun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd