Carian
Chrome Beta Untuk Android Membawakan Sokongan Terjemahan Terbina
May 24, 2013 Aman

Pada versi desktop, Google sedia mengintegrasikan sokongan terjemahan untuk memudahkan pengguna membaca laman-laman web yang berbeza bahasa. Kini, sokongan tersebut turut hadir untuk aplikasi Chrome Beta untuk Android.

Chrome Beta Android

Melaluinya, seperti biasa, apabila pengguna melayari laman web yang menggunakan bahasa yang berbeza dengan tetapan telefon mereka, sebuah pop-up akan hadir pada bahagian bawah, membolehkan pengguna untuk terjemahkan laman tersebut ke bahasa pilihan.

Dengan pengenalan sokongan ini pada aplikasi beta di Android, mungkin kita akan melihat ia hadir ke aplikasi versi stabil dalam masa lebih kurang enam minggu lagi.

Komen