HTC One Edisi Google Akan Hadir Dalam Masa Lebih Kurang Dua Minggu Lagi?

HTC One Edisi Google Akan Hadir Dalam Masa Lebih Kurang Dua Minggu Lagi?

Diterbitkan pada Mei 24, 2013 oleh .

Sebelum ini, pada Google I/O yang lepas, pihak Google telah mengumumkan yang mana Galaxy S4 edisi Google akan mula dijual bermula Jun kelak. Kini, mengikut desas-desus awal, dikatakan HTC One edisi Google turut akan hadir, dan mungkin dipasarkan dalam masa lebih kurang dua minggu lagi.

Ia dikatakan peranti tersebut akan hadir dengan menjalankan Android 4.2.2 versi vanilla, tanpa sebarang penambahan HTC Sense.

Namun, maklumat penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi, dan salah satu pertanyaan yang timbul adalah sama ada ia akan menerima sokongan terus daripada pihak Google ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN