Copy.com – Satu Lagi Perkhidmatan Storan Awan Dengan Ruangan Percuma 15GB

Copy.com – Satu Lagi Perkhidmatan Storan Awan Dengan Ruangan Percuma 15GB

Diterbitkan pada Mei 24, 2013 oleh .

Terdapat beberapa perkhidmatan storan awan yang popular di arena internet, termasuk Dropbox, Google Drive, Box dan sebagainya. Salah satu yang dilancarkan pada awal tahun ini adalah Copy.com, dan kini mereka dilihat mengemaskini tawaran mereka dengan memberikan ruangan percuma sebanyak 15GB.

Seperti kebanyakkan perkhidmatan popular, Copy.com turut sama menyediakan aplikasi mereka secara percuma untuk Android, iOS, Windows, Linux dan juga Mac, selain turut mengatakan versi Windows Phone akan menyusul tidak lama lagi.

Dan untuk menarik ramai pengguna, mereka juga mengimplementasi kaedah promosi sama seperti Dropbox, menawarkan ruangan storan tambahan untuk pengguna apabila memperkenalkan rakan-rakan mereka untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Jadi, bagi mereka yang inginkan lebih ruangan storan awan, mungkin boleh mencuba perkhidmatan Copy hari ini, dan menggunakannya dalam berkongsi fail-fail anda bersama yang lain.

Daftar : Copy.com

Muat-Turun Aplikasi Copy.com


TIPS & ULASAN